Soalan Lazim
Apakah fungsi utama Unit Audit Dalam?
Fungsi utama Unit Audit Dalam ialah untuk menilai dan mempertingkat keberkesanan sistem kawalan dalaman universiti bagi memastikan semua aktiviti, kewangan dan operasi dijalankan mengikut dasar, peraturan dan undang-undang yang ditetapkan.
Unit ini juga berperanan memberikan khidmat nasihat kepada pengurusan dalam memperkukuh tadbir urus, akauntabiliti dan penggunaan sumber yang berkesan.
Apakah perbezaan antara Audit Dalam dan Audit Luar?
Audit Dalam
- Menilai keberkesanan kawalan dalaman, pematuhan dasar, kecekapan operasi dan pengurusan risiko.
- Fokus kepada penambahbaikan proses dan memberi nilai tambah.
Audit Luar
- Memberi pendapat bebas mengenai kewangan organisasi.
- Menentukan sama ada penyata kewangan adalah benar dan saksama.
Bagaimanakah Unit Audit Dalam membantu meningkatkan tadbir urus universiti?
Unit Audit Dalam membantu meningkatkan tadbir urus dengan memberi laporan dan cadangan kepada pengurusan tertinggi mengenai bidang yang perlu diperbaiki, memperkukuh sistem kawalan, dan mengurangkan risiko ketidakpatuhan. Melalui pemantauan berterusan, unit ini memastikan setiap jabatan beroperasi dengan cekap, telus dan berintegriti selaras dengan nilai-nilai Islam dan prinsip akauntabiliti universiti.