Proses kerja audit merangkumi langkah-langkah sistematik yang dilaksanakan bagi memastikan aktiviti audit mematuhi piawaian profesional, objektif, dan memberikan nilai tambah kepada universiti. Secara umum, proses ini dibahagikan kepada empat fasa utama:

Proses audit dalaman terdiri daripada fasa berikut:

  1. Perancangan Audit – Analisis risiko, pemilihan unit/aktiviti, penyediaan Rancangan Audit Tahunan.
  2. Pelaksanaan Audit – Pemerhatian, temubual, semakan dokumen, rekod penemuan.
  3. Pelaporan Audit – Laporan draf, perbincangan, laporan akhir.
  4. Tindakan Susulan – Semakan status tindakan, laporan susulan kepada jawatankuasa audit.